Program Setahun Kerajaan Madani tawar lebih 5,000 peluang kerja

Lebih 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada rakyat menerusi karnival kerjaya yang diadakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. Karnival ini yang diadakan selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8 Disember 2023.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu) Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Jefry Aziz @ Adan, berkata karnival kerjaya itu disertai 63 syarikat swasta dan disokong Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?