KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT)diminta agar menghentikan penggunaan pentadbiran lama dan memberi ruang kepada universiti awam untuk membuat keputusan bagi keutamaan masing-masing.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan KPT bersedia melaksanakan perubahan seiring dengan peredaran waktu.
Teruskan MembacaKPT perlu memberi ruang serta kebenaran bagi pihak pengurusan universiti untuk membuat beberapa keputusan bagi meneruskan program masing-masing.
Anwar berkata, ketetapan tersebut bertujuan meningkatkan prestasi universiti awam bagi menyumbang dalam perkembangan pendidikan pada masa hadapan.
“Sebelum ini saya sudah arahkan KPT untuk memberi ruang kepada universiti awam untuk menentukan keutamaan masing-masing. Maka, sistem lama seperti kementerian membuat keputusan bagi pihak universiti mesti diakhiri sekarang.
“Perkara ini dibangkitkan sebab perlukan tindakan segera, selain menyedari kita akan tertinggal dalam beberapa bidang jika terlampau selesa dengan amalan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya (UM) baru -baru ini.
Anwar selaku Menteri Kewangan juga berkata, kepimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diberi peluang dan kelonggaran untuk wujudkan idea-idea yang baharu dalam pendidikan negara.
“Langkah itu penting, agar IPT mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia serta dapat melahirkan mahasiswa yang berdisiplin dan berkualiti tinggi,” kata Anwar.
Oleh itu, KPT perlu melaraskan semua program bagi mengelakkan berlaku pertindihan atau timbul masalah. Ruang diutamakan buat universiti untuk emmbuat program tetapi jika tidak, kepimpinan IPT akan diubah.
Baca juga: