Terkini

Anwar menegaskan pelantikan politik juga tidak berpencen

PELAKSANAAN skim tidak berpencen bagi pelantikan penjawat awam baharu turut terlibat dalam pelantikan politik, perkara tersebut ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bersetuju bahawa keputusan pelaksanaan tidak berpencen juga diguna pakai dalamm pelantikan politik seperti ahli politik yang dilantik sebagai menteri, menteri besar dan wakil rakyat.

“Apa saja keputusan yang ditetapkan bagi penjawat awam terpakai juga bagi ahli politik. Maknanya, kalau kita mula pada 1 Februari 2024 dan semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, sama juga untuk semua lantikan baharu politik.

“Jadi orang kata mengapa tidak termaktub sama ahli politik. Soal lain ada yang pernah jadi menteri besar, jadi menteri dan kemudian timbalan perdana menteri, itu menunjukkan Perlembagaan kita boleh kaji tetapi tidak boleh dibawa ke belakang secara retrospektif.

“Untuk yang baharu kita boleh kaji. Saya ingat tiada masalah kita nak tukar penyesuaian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut bersetuju secara berprinsip segala keputusan yang dibuat untuk perkhidmatan awam juga terpakai bagi pelantikan politik tetapi ia mesti dimuktamadkan setelah kajian diputuskan oleh Jemaah menteri.

Terdahulu, wujud gesaan berkenaan pemansuhan susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini tidak berpencen.

Berita Harian melaporkan, Ahmad Zahid berkata, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) akan membuat pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaan tersebut.

Perkara tersebut telah mencetuskan ketidakpuasan serta tidak dipersetujui kebanyakan rakyat dan pelbagai lapisan pemimpin politik.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top