PERASMIAN Rapid Transit System Link (RTS Link) dari Malaysia ke Singapura pada Khamis yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mencatat satu sejarah baharu.
Penyambungan melibatkan penyambungan span di titik pertemuan jambatan marin projek antara Johor Bahru dan Singapura.
Teruskan MembacaBuat pertama kalinya kedua-dua pemimpin tertinggi itu bertemu di tapak projek tersebut yang menelan kos berbilion ringgit itu sekali gus menguatkan lagi hubungan antara dua negara.
Dalam majlis itu, Anwar dan Lee menandatangi plak yang secara simboliknya menunjukkan kesungguhan kedua-dua negara terhadap mega itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut hadir dalam majlis tersebut.
Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang empat kilometer dengan dua stesen di Bukit Chagar, Johor dan Woodlands North, Singapura.
Tren tersebut memiliki kelebihan untuk menampung 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dengan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen antara Johor dan Singapura.
Dianggarkan projek RTS itu bakal siap pada Disember 2026 selain merupakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). — KL VIRAL
Baca juga: