SEORANG pengguna aplikasi TikTok, kongsikan pengalaman seram salah seorang rakannya yang pernah bekerja di salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
Kata pengguna media sosial yang dikenali sebagai Adam Eji atau adameji itu, terdapat beberapa kejadian seram yang pernah dialami oleh kakitangan pusat beli-belah terbabit.
Teruskan MembacaBagaimanapun, menurutnya, rata-rata mereka yang pernah berhadapan dengan pengalaman seram tetap meneruskan pekerjaan masing-masing biarpun beberapa sudah diganggu oleh makluk halus.
Dakwa Adam, kejadian yang berlaku di Lalaport itu sudah dianggap sebagai perkara biasa memandangkan insiden tersebut kerap berlaku.
“Antaranya, mereka sering terdengar suara jeritan yang sangat nyaring seperti seseorang sedang disiksa, jeritan itu muncul secara tiba-tiba.
“Setelah beberapa bulan berlalu, mereka yang sering terdengar jeritan itu akhirnya tidak lagi berasa takut dan memilih untuk mengendahkan suara tersebut.
“Diceritakan juga, pada satu malam sewaktu LRT sudah hampir tamat operasi, wanita itu sedang berjalan balik lalu terdengar seakan-akan orang sedang berlari sangat laju, ‘dup dup dup dup‘, dia kemudian menoleh ke belakang dan mendapati tiada seorang pun di belakang,” katanya.
Kemudian, berlaku kejadian di mana wanita terbabit berhadapan dengan sitausi seram apabila dia berdepan dengan kelibat lelaki
Selepas itu, wanita tersebut masuk ke dalam lif malangnya lif itu tidak turun ke tingkat yang sepautnya. Lantas itu dia terus mengabaikannya dan bergegas turun dari lif sambil mengejar wanita tersebut dari belakang.
“Wanita itu menjerit sekuat hati apabila menyaksikan kejadian itu sambil berlari ke pintu keluar Lalaport sehingga tak cukup tanah,” katanya. — KL Viral
Baca juga: