Terkini

Lokasi tumpuan pelancong, 5 jalan utama paling sesak di Kuala Lumpur

BANDAR Kuala Lumpur merupakan lokasi tumpuan bagi pengunjung dari luar dan dalam negara termasuk dikalangan masyarakat setempat yang mungkin bekerja di kawasan berkenaan.

Suasana sibuk dan jalan yang sentiasa sesak disarankan untuk mengambil pengangkutan awam sebagai langkah alternatif untuk berkunjung ke kawasan tengah bandar itu.

Berikut KL VIRAL menyenaraikan 5 lokasi jalan utama paling sesak di Kuala Lumpur:

1. Jalan Bukit Bintang

Jalan Bukit Bintang adalah jalan utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia jalur membeli-belah popular yang menyediakan akses ke kejiranan Bukit Bintang.

Malah, terdapat beberapa buah pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pengunjung yang hadir seperti Pavillion, Fahreinheit, Berjaya Times Square dan banyak lagi.

2. Jalan Tun Razak

Jalan Tun Razak merupakan sebatang jalan yang terletak di Kuala Lumpur. Dahulu, jalan ini dikenali sebagai Jalan Pekeliling. Jalan ini membentuk sebahagian jajaran Jalan Lingkaran Tengah 1 (MRR1).

Jalan tersebut menjadi laluan utama bagi masyarakat untuk ke pusat bandar dan salah satu sebabnya adalah jalan tersebut tidak dikenakan tol.

3. Jalan Cheras / Jalan Ikan Ayu

Oleh kerana kesesakan yang berterusan dan berpanjangan di Lebuhraya Cheras, terdapat dua projek telah diusahakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ini termasuk jalan masuk dari Lebuhraya Cheras-Kajang ke Taman Connaught dan jejambat ke Taman Len Seng dan Alam Damai. Ia dibuka pada 14 April 2008.

Projek-projek lain adalah bulatan Cheras-Bandar Tun Razak dari Lebuhraya Cheras ke Jalan Cheras dan Jalan Tenteram yang dibuka pada tahun 2010. Lebuh raya ini akan direntasi dengan landasan MRT Laluan Kajang yang bertingkat dan tinggi dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix, melibarkan stesen MRT Taman Pertama, Taman Midah, Taman Mutiara dan Taman Connaught.

Jadi, penduduk setempat boleh menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah alternatif bagi mengelakkan kesesakan jalan raya di sekitar kawasan Jalan Cheras.

4. Jalan Kampung Kerinchi / Bangsar South

Kampung Kerinchi asalnya merupakan kawasan perkampungan utama dan luas di Kuala Lumpur, Malaysia. Namun, kini ia telah mengalami transformasi pembangunan yang drastik, sekaligus menamai projek pembangunan hartanah berintegrasi di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur. Kerinchi juga kini lebih dikenali sebagai Bangsar Selatan (Bangsar South).

Kawasan Kerinchi terletak berdekatan dengan beberapa mercu tanda umum di Kuala Lumpur seperti bangunan Telekom Malaysia Kuala Lumpur, berdekatan dengan Mid Valley Megamall. Bangunan Angkasapuri terletak di atas Bukit Putra selain terletak bersempadan dengan Petaling Jaya. Ramai pelajar tinggal di kawasan ini disebabkan ia berdekatan dengan kampus induk Universiti Malaya, serta terdapat Pusat Perubatan Universiti Malaya di situ.

5. Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dahulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India).

Selain itu, Jalan Tunku Abdul Rahman juga terkenal dengan gedung-gedung pakaian yang popular, lebih-lebih lagi hampir menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top