Artis tanah air sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila terpalit dalam isu kecurangan dalam hubungan percintaan mereka.
Kali ini, perhatian mulai ditumpukan kepada penyanyi lagu Malampagi, Saixse yang dikatakan berlaku curang terhadap bekas teman wanitanya baru-baru ini.
Teruskan MembacaPerbuatan tersebut dibongkarkan oleh wanita berkenaan melalui Instagram story miliknya yang turut menyertakan gambarnya bersama Saixse sejak dua tahun dahulu.
“Empat tahun mencintai lelaki dari ‘nothing to everything’. Saya mencintai kamu dengan sepenuh hati namun sekarang tidak lagi.
“Saya sudah muak selepas mengetahui dia (Saixse) melakukan hubungan seks merata hinggakan dengan pelac*r sehingga mengandungkan wanita dan enggan mengambil tanggungjawab.
“Susah senang bersama memang tak valid dah. Orang kata saya bod** sebab kekal bertahan tapi kalian tidak tahu saya sangat setia sekiranya saya ikhlas mencintai,” kata gadis tersebut dalam kapsyen story tersebut.
Lebih memilukan, gadis tersebut turut memuat naik gambar Saixse sedang menaiki motosikal bersamanya sambil melakukan kerja p-hailing bersama-sama yang dikatakan ditangkap pada dua tahun lalu.
Tangkap layar story tersebut kemudiannya disebarkan ke TikTok menerusi akaun MalaysiaKantoi, yang menyatakan bahawa tidak menyangka penyanyi tersebut ‘lupa diri’ selepas hanya sebuah lagunya berjaya menjadi lagu hit dalam negara.
Namun, warganet kelihatan tidak terkejut dengan perbuatan penyanyi berkenaan dengan menyatakan mereka seolah-olah boleh membaca ‘perangai’ Saixse berdasarkan rupanya.
“First time tengok muka lelaki ni pun dah tahu,” komen Aurora Racuns TikTok.
“Biasalah rappers sekarang baru nak up,” komen Angeloxtbo.
“Inilah perangai sebenar lelaki bila berduit,” kata Authenticfith.
“Budak Tr** apa nak hairan si Saixse ni,” ujar Angellicqis.
Namun, walaupun semakin banyak ‘skandal’ kecurangan berlaku dalam kalangan artis negara, jangalah kita memukul rata menyatakan semua penggiat dunia hiburan sebegitu. — KL Viral.
Baca juga: