PENGARAH dan pelakon terkenal, Ellie Suriaty dikatakan sedang hangat bercinta bersama kekasih baharunya yang berusia 10 tahun lebih muda.
Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 53, memilih untuk merahsiakan identiti kekasih hatinya yang berusia lingkungan lewat 30-an itu.
Teruskan MembacaWalaubagaimanapun, dia amat terkesima dengan situasi ini meskipun dia lanjut usia tetapi masih ada yang berusaha mendekatinya.
“Ada ramai yang ingin berkenalan dengan saya, tetapi mereka itu semua hanya kawan biasa, melainkan dia, kerana dia istimewa pada saya.
“Sekarang fasa kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Sejujurnya jika ada jodoh saya bersedia untuk bergelar isteri semula, tetapi perkara sebegitu lebih baik serahkan kepada Tuhan yang menentukan.
“Siapa orangnya itu biarlah rahsia. Kami saling mengenali sudah lebih setahun dan dia juga orang dalam industri hiburan,” ujarnya.
Memetik laporan Kosmo!, Ellie menjelaskan perkara tersebut ketika pementasan teater Andak Bertandak yang bertempat di Pusat Persembahan Kesenian Kuala Lumpur (KLPAC) pada Khamis.
Dalam masa yang sama, Ellie yang berstatus ibu tunggal dengan dua anak itu amat bersyukur kerana kekasihnya itu menerima dia seadanya bersama anak-anaknya.
“Saya kalau boleh tidak mahu bercerita lebih-lebih sebab nanti kalau tidak jadi, malu. Tetapi kalau ada jodoh saya okay saja.
“Bagi saya, kalau dia boleh terima anak-anak itu sudah memadai.
“Saya juga kena pastikan keluarga dia boleh terima saya dengan anak-anak atau tidak. Pengalaman berkahwin sebelum ini membuatkan saya faham tentang hubungan dengan sanak saudara,” katanya lagi.
Untuk info, Ellie pernah berkahwin dengan pelakon, Azri Iskandar pada 2003 dan bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun usia perkahwinan.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.
Baca juga: