SEORANG pelawak iaitu Man Raja Lawak luah rasa kesal dengan pengurusan sebuah stesen TV yang gagal menjelaskan bayarannya sejak setahun lalu.
Man atau Abdul Rahman Kassim, 47 berkongsi penderitaan menerusi hantaran Instagram miliknya yang memaklumkan dia menunggu bayaran sebagai juri untuk satu program stesen TV terbabit.
Teruskan Membaca“Payment dah setahun tunggu, bukan banyak pun RM4,000 sahaja, haritu kita pergi buat kerja pun pakai modal sendiri RM1,000, itu macam mana nak kira?
“Tak kan nak sedekah camtu je, cuba teka stesen TV mana,” tulisnya di Instagram.
Dalam hantaran itu, Man Raja Lawak juga seakan memberi bayangan stesen TV itu sudah berkali-kali culas dalam membayar gaji artis serta krew produksi lain.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa artis serta individu lain juga turut meluahkan nasib yang sama dihadapi mereka.
“Begitula bang, staff dekat sini pun tak dibayar KWSP, Tapi bulan-bulan tolak, itu umpama mengambil hak kita lah kan? Dah report KWSP tapi tak jalan, paddahal surat merah atas meja dah bersepah,” kata hanafi_rozz.
“Dah jadi Channel Scam dah tu Man,Patutnya MCMC kena lucutkan lessen penyiaran, banayk culas bayar payment orang,” kata john_jen1n.
Baca juga: