BEKAS vokalis kumpulan korean pop (k-pop) NCT, Taeil diumumkan keluar dari kumpulan berkenaan selepas terpalit dengan jenayah seksual baru-baru ini.
Taeil atau nama penuhnya Moon Tae-il, 30, dikatakan terlibat dengan kes jenayah seksual sejak enam tahun lalu.
Teruskan MembacaMenerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh SM Entertainment selaku label rasmi kumpulan berkenaan, Taeil dikatakan sedang membantu siasatan pihak polis mengenai perkara tersebut.
Dengan itu, label berkenaan turut membuat keputusan bahawa Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktivitinya bersama NCT dan mengeluarkannya dari kumpulan tersebut.
“Kami mengesahkan bahawa Taeil telah terlibat dalam kes jenayah yang berkaitan dengan kesalahan seksual.
“Setelah mengesahkan perkara ini dan menyedari betapa seriusnya keadaan ini, kami menentukan bahawa Taeil tidak lagi dapat meneruskan kegiatannya dengan kumpulan dan memutuskan untuk menyingkirkannya dari kumpulan (NCT).
“Pada masa ini, Taeil sedang bekerjasama dengan siasatan polis dan kami akan membuat kenyataan lanjut bergantung kepada proses siasatan. Kami memohon maaf atas kebimbangan dan masalah yang disebabkan oleh artis kami,” kata kenyataan tersebut.
Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan perbualan antara mangsa dan Taeil, dimana penyanyi tersebut dilihat meminta gambar lucah daripada mangsa.
Meskipun mangsa menolak untuk memberi gambar tersebut, dia diugut oleh Taeil yang menyatakan bahawa dia akan menularkan gambar dan video mereka ‘bersama’ di aplikasi Telegram. — KL Viral
Baca juga: