ZAMAN sekarang, ramai peniaga berani menggunakan pelbagai bentuk pemasaran (marketing) yang berunsurkan lucah, demi mencipta nama di hati masyarakat terutama pembeli.
Walaupun dilihat sebagai satu bahan jenaka bagi mencari publisiti, namun ia turut menimbulkan ketidakselesaan bagi segelintir individu, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Teruskan MembacaMalah, tindakan sedemikian menjadi satu trend ikutan bukan dalam kalangan dewasa sahaja, malah turut mempengaruhi kanak-kanak untuk buat adegan yang sama.
Seperti video yang berdurasi 15 saat yang dikongsikan di aplikasi X, memaparkan seorang lelaki sedang menjual donat ‘berayaq’ sambil melakukan tindakan seakan-akan lucah, dalam masa yang sama, dia turut menyebut perkataan ‘berayaq’.
Rata-rata warganet mendakwa perkara sedemikian wajar dihenti supaya tidak mempengaruhi individu lain yang sama sekali dianggap tidak masuk dek akal.
“Orang waras memang jijik tak support bisnes macam ni, tapi tulah yang tak waras ni berlambak,” komen Edenweilll dalam aplikasi X.
“Tak dinafikan donut berayaq dia tu sedap cumanya yes trademark dia tu dah start annoying. Hari tu nampak kat tiktok mak budak rakam anak dia buat ‘berayaqagag’ lepas tu gelak, rasa baran pulak aku,” balas arissaaros.
“Hairan sungguh puak-puak yang sapot tu tak rasa jijik geli ke? Aku yang duduk dekat pun tak teringin nak makan nak beli. Ada yang bagi suruh rasa tapi aku tak teringin pun. Baik beli donut kat acik tepi jalan tu. Aku tgk semua lelaki yang meniaga ni semua geng pung*** je,” komen AzlanAwang. – KL Viral