REALITI dunia hiburan sejak kebelakangan ini tidak terhenti dengan berita yang melibatkan perceraian dalam kalangan selebriti di Malaysia.
Sepertimana yang berlaku terhadap rumah tangga seorang pelakon, Diana Danielle yang telah berpasang hasrat meneruskan penceraian bersama suaminya, Farid Kamil selepas setahun kembali rujuk.
Teruskan MembacaKenyataan itu didedahkan oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mengakui Diana Danielle, tidak lagi boleh hidup bersama dengan suaminya akibat tidak persefahaman.
“Mereka tidak lagi tinggal sebumbung, yang mana Farid telah keluar dari rumah lebih kurang sebelum yang lalu.
“Ini merupakan permohonan cerai buat kali kedua dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes cerai pada 20 November ini,” jelasnya.
Namun begitu, warganet turut menyokong tindakan yang dibuat oleh Diana Danielle dan menyarakan kedua-dua belah pihak untuk terus menjaga aib diantara mereka.
“Harap-harap la dengan segera. Jangan berpanjangan gaduh dekat Instargram story. Kadang-kadang terfikir juga, mereka ini tak tahu malu ke saling mengaibkan antara satu sama lain,” komen eriga_alattas dalam satu hantara Instagram yang melibatkan isu penceraian Diana.
“Nanti sudah cerai, jaga aib masing-masing,” balas bellx.nabila.
“Amin, semoga cepat selesaikan perceraian. Makin ada hal yang kita tidak faham dan tidak tahu apa yang Diana Danielle lalui,” komen zara_zarazia.
Sebagai info, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. -KLV