Kerajaan kini perketatkan undang-undang keselamatan siber termasuk menguatkuasa peraturan bagi kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan mempunyai akaun media sosial.
Kementerian Komunikasi Malaysia mengumumkan beberapa langkah baharu itu pada Hari Keselamatan Internet 2025,
Teruskan MembacaMenurut kenyataan Kementerian Komunikasi kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang scammer, judi dalam talian, buli siber dan jenayah pedofilia – ancaman yang semakin berleluasa di dunia digital hari ini.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga akan melaksanakan jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam untuk mendidik rakyat tentang bahaya siber serta langkah-langkah perlindungan yang perlu diambil.
Justeru itu kerajaan menyeru orang ramai untuk menyokong penuh usaha ini dan lebih berhati-hati dalam penggunaan internet.