Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi masa depan dengan pelancaran rasmi Pavilion Malaysia di Mobile World Congress (MWC) 2025.
Pavilion itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Teruskan MembacaMenurut Mohamad Fauzi, Malaysia komited untuk membangunkan ekosistem digital yang memberi manfaat kepada rakyat serta rakan serantau.
“Penyertaan Malaysia di MWC 2025 membuktikan keupayaan negara dalam menyumbang kepada inovasi global yang memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial,” katanya dalam kenyataan.
Pavilion Malaysia menampilkan pencapaian dalam pembangunan teknologi seperti pelaksanaan 5G, infrastruktur digital, serta inovasi kolaboratif di rantau ASEAN.
Antara organisasi yang menyertai pameran ini termasuk Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Turut sertq syarikat telekomunikasi utama seperti DNB, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile, YTL, Edotco, dan MEASAT.