Dalam dunia yang penuh dengan kejahatan, satu momen ini berjaya mengembalikan kepercayaan kita terhadap kebaikan manusia. Video yang kini tular di media sosial menunjukkan satu kejadian yang luar biasa , duit rider yang bertaburan di tengah jalan selepas dompetnya terjatuh!
Rakaman dashcam ini memaparkan penghantar makanan yang kelam kabut mengutip duitnya sambil cuba mengalihkan motosikal. Tapi, yang mengejutkan ramai orang awam yang berhenti untuk bantu. Dari dalam kereta hingga penunggang motosikal, semua turun tanpa ragu untuk mengutip wang yang bertaburan di jalan raya.
Sikap prihatian orang awam yang dilihat menerusi video berkenaan telah mencuri perhatian dan menyentuh hati ramai netizen.
Rata-ratanya berkata video tersebut membuktikan masih ramai orang yang baik hati dan saling bantu membantu di saat ada yang memerlukan bantuan.
Beberapa individu mengakui air mata mereka bergenang selepas menonton video pendek tersebut gara-gara kebaikan yang ditunjukkan masyarakat.