PETALING JAYA: Sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil dengan satu pesanan padu buat semua pengamal media di Malaysia: terus kekal beretika demi masyarakat yang celik maklumat!
Menerusi satu hantaran di Facebook, Fahmi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wartawan dan petugas media yang selama ini komited menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai,” tulisnya.
Teruskan MembacaTak cukup dengan itu, beliau turut menyeru agar etika kewartawanan terus jadi pegangan, selari dengan peranan besar media dalam membentuk masyarakat yang berintegriti dan bermaklumat.
Apa yang lebih menarik, majlis prapelancaran HAWANA 2025 akan berlangsung 3 Jun ini, di mana tema dan logo rasmi akan diperkenalkan!
Tahun ini lebih istimewa sebab Malaysia pegang kepengerusian ASEAN 2025, jadi media dari seluruh Asia Tenggara pun akan join sambutan kali ini.
Ayuh, sama-sama kita raikan barisan wartawan dan pengamal media yang sentiasa berada di barisan hadapan menyampaikan kebenaran. Jangan lupa, berita bukan sekadar maklumat ia membentuk bangsa!