“Kerajaan nak intip rakyat?” STOP dulu.
Pensyarah UTAR, Dr Mahendran Chelliah ‘sound’ terus golongan yang masih percaya teori konspirasi pasal inisiatif data telefon bimbit (MPD).
Teruskan MembacaKatanya, data yang dikumpul bukan untuk kawal rakyat, tapi untuk bantu kerajaan rancang pembangunan & tambah baik dasar negara.
❌ Tiada nama. Tiada IC. Tiada data peribadi dikenalpasti.
Semua data yang digunakan adalah berbentuk statistik umum, bukan data individu.
Tapi peliknya, bila aplikasi media sosial & syarikat tech luar negara ‘ambil’ data kita, semua diam?
“Kita sendiri bagi lokasi, carian, info peranti kat apps luar negara — tapi bila kerajaan minta data tak boleh dikenal pasti, terus kata nak intip,” katanya.
Dr Mahendran juga ‘call out’ pihak yang sengaja timbulkan ketakutan dan kecoh kononnya atas nama “pertahankan privasi”, padahal mereka sendiri guna data rakyat untuk iklan & bisnes.
Semua syarikat telco tertakluk pada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Kalau langgar, boleh didakwa.
“Cukuplah main emosi rakyat. Manipulasi media yang tak bertanggungjawab ni lah sebenar-benar bahaya.”
Rakyat perlu celik. Jangan termakan naratif palsu.
Data bukan musuh — yang bahaya, manipulasi & fitnah yang disebar untuk kepentingan politik.