“Merajuk Je Rupanya?” Isteri Fikry Ibrahim Tiba-Tiba Muat Naik GambarPegang Tangan!

Lepas kecoh cerita isteri Fikry Ibrahim failkan cerai, kini nampaknya rumah tangga
mereka dah kembali jernih!
Baru-baru ni, Siti Khalizah Alihan berkongsi satu foto di Instagram yang menunjukkan
dia berpegangan tangan dengan seseorang, dipercayai suaminya, Fikry. Walaupun
wajah tak ditunjukkan, nama Fikry jelas tertulis di kapsyen yang cukup buat netizen
‘berbunga’ balik!
“Terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulis Khalizah ringkas dalam muat
naik pada malam Khamis itu.
Rata-rata peminat dan netizen nampaknya lega melihat perkembangan ini, ada yang
mengusik bahawa permohonan cerai dulu mungkin sebab merajuk sahaja.
Antara komen yang mencuit hati:
“Kes merajuk je ni… Suami baik pandai pujuk balik!”
“Perempuan ni… kita semua bayi yang tak pernah membesar.”
“Terlalu ikut emosi, terus fail cerai. Bahaya tau!”
Sebelum ini, pada pagi Khamis, Fikry tampil menjelaskan bahawa isterinya ke
Mahkamah Syariah adalah untuk membatalkan permohonan cerai yang difailkan pada
Mei lalu.
Katanya, hubungan mereka masih bahagia dan dia akan terus mempertahankan rumah
tangga mereka.
Malah ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan Melodi, Fikry turut
menyangkal dakwaan mereka bakal bercerai. Namun begitu, ketika ditemui media
selepas program tersebut, Fikry memilih untuk tidak mengulas lanjut dan terus beredar
dari lokasi di Bangsar.
Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup
yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?