Oleh: Haikal Tajuddin
SEBELUM nak buat sesuatu perkara mestilah dengan niat yang baik. Ini tidak, masuk-masuk terus rakam tanpa soal periksa terlebih dahulu.
Teruskan MembacaSepertimana yang berlaku ke atas seorang penyanyi rapper, Zamaera yang mengecam tindakan pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akibat merakam sebuah premis urut di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lalu.
Beliau membuat perkongsian di story Instagram miliknya, dengan mengakui rakaman yang dibuat pihak MBSJ sememangnya melanggar privasi pelanggan yang pada ketika itu dia sedang berkemban.
“Tiba-tiba entah dari mana saya terdengar langsir bilik saya dibuka dan apabila saya menoleh saya ternampak seorang lelaki berkaca mata hitam memegang kamera telefon dan merakam saya. Saya terkejut!
“Tukang urut saya terus berkata ini bilik perempuan dan ketika saya berpaling lelaki itu masih merakam saya dengan telefonnya. Jadi saya segera bangun dan menjengah kepala saya dari tirai lalu menjerit.
“Apabila saya melihat ke luar, saya melihat kira-kira 10 hingga 15 semua pegawai lelaki dengan muka yang tidak bersalah, dengan sebahagian daripada mereka berpaling, jelas melakukan sesuatu yang salah,” katanya.
Tambahan lagi, ramai masyarakat turut menyelar tindakan MBSJ yang sama sekali tidak masuk dek akal.
Namun begitu, masyarakat terutama warganet turut menyarankan pihak MBSJ untuk memperbanyakkan petugas wanita sekiranya melibatkan operasi sedemikian rupa. – KL Viral
Baca lagi.