CYBERJAYA, 25 Jun 2025 – Seorang pelajar perempuan jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi ditemui mati dalam keadaan tragis di kediamannya di Mutiara Ville, Cyberjaya, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, mangsa ditemui dalam bilik penginapan kira-kira jam 10 pagi. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat hentakan objek tumpul.
Teruskan MembacaLebih mengejutkan, siasatan awal mendapati suspek telah melakukan antara lima hingga enam transaksi menggunakan kad ATM milik mangsa sejurus selepas kejadian. Polis juga mengesahkan kehilangan beberapa barangan peribadi mangsa termasuk komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.
“Pihak kami sedang mengumpul maklumat lanjut termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.