KUCHING – Kecoh pagi ini bila sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN-235 dilaporkan tergelincir di landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching!
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan akibatnya, seluruh landasan utama terpaksa ditutup sementara waktu, kata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Teruskan Membaca“Kerja-kerja pindah pesawat dan pembersihan sedang dilakukan. NOTAM dah dikeluarkan. Landasan dijangka tutup sampai jam 3 petang,” menurut MAHB dalam kenyataan.
Penutupan landasan ini automatik ganggu semua jadual penerbangan masuk dan keluar dari Kuching.
Ramai penumpang mula resah, ada yang tertunda dan ada juga yang kena reschedule penerbangan.
MAHB nasihatkan semua penumpang untuk semak status terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing.
Update lanjut akan diumumkan sebaik sahaja landasan dibuka semula oleh pihak berkuasa (CAAM).
📌 Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
📌 Pihak TUDM masih belum keluarkan kenyataan rasmi.
Sama-sama kita doakan semua selamat dan urusan pemindahan pesawat berjalan lancar 🙏
Stay tuned untuk info terkini!







