Pelakon popular Hisyam Hamid mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi, namun memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahan mereka kepada umum.
Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, Hisyam tetap menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri dan sering meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak, walaupun sibuk di set penggambaran.
Teruskan MembacaTindakan matang dan sikap profesional Hisyam menarik perhatian ramai, terutamanya selepas satu hantaran di Threads yang memuji keperibadian pelakon itu sebagai bapa tunggal yang tenang dan jauh dari kontroversi.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut. Ramai yang memuji sikap Hisyam yang ‘low profile’ dan tidak bergantung pada drama murahan untuk meraih perhatian. Malah, ada yang menyifatkan dia sebagai seorang lelaki yang berkelas dan berprinsip tinggi.