PETALING JAYA – Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar tampil “clap back” kenyataan pembangkang yang melabelkan 1 Julai sebagai hari hitam susulan pelaksanaan semula SST versi baharu.
Menurut Mahfuz, SST yang diperbaharui ini bukanlah beban kepada rakyat biasa, sebaliknya ia hanya menyasar barangan dan perkhidmatan mewah.
“Beras, ayam, telur, ikan, sayur, ubat, pendidikan & kesihatan – SEMUA TAK DIKENAKAN CUKAI! Yang terasa hanyalah golongan berada yang guna barangan mewah,” katanya tegas.
Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang, khususnya PAS, sebagai populis, penuh emosi & tidak bertanggungjawab – lebih gemar bermain persepsi berbanding beri solusi.
“Kalau tak kutip cukai, nak tampung negara dengan apa? Hutang lagi? Itu ke idea PAS?”
📊 Mahfuz turut dedahkan fakta:
Malaysia: SST 8%
Singapura: GST 9%
Teruskan MembacaIndonesia: VAT 11%
Filipina: VAT 12%
Vietnam & Kemboja: VAT 10%
“Kita antara yang paling rendah kat rantau ni. Tapi pembangkang tetap spin. Masa depa perintah negeri pun, kutip cukai jugak!”
Tambah beliau, hasil kutipan cukai kini disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti:
💸 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
🛒 Jualan Rahmah
🧓 Bantuan Warga Emas (BWE)
🚸 Bantuan Awal Persekolahan
⛽ Subsidi bahan api
🏥 Klinik Madani
“1 Julai bukan hari gelap, tapi hari keberanian kerajaan berani ubah demi masa depan! Rakyat jangan mudah termakan spin pembangkang. Kita bina negara dengan fakta, bukan emosi,”tegasnya.