PELANTIKAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Balairung Seri, Istana Negara pada Rabu menarik perhatian seluruh rakyat jelata.
Umum mengetahui bahawa Baginda merupakan kekanda kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu Raja Permaisuri ke-16.
Teruskan MembacaSultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kemudian dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 setelah tamatnya pemerintahan selama lima tahun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Januari lalu,
Pemerintahan Sultan Johor itu akan berkuat kuasa selama lima tahun seperti yang dinyatakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Berikut merupakan 5 fakta menarik YDPA ke-17 yang perlu diketahui umum:
Latar belakang pendidikan yang pelbagai
Sultan Ibrahim bersekolah di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru dan menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School, Asutralia pada 1968.
Setelah pulang ke Johor, baginda menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan sementara itu baginda turut mempelajari ilmu asas agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru.
Selepas tamat persekolahan, baginda menerima latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Darat (PULADA), Kota Tinggi dan ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat.
Selesai latihan ketenteraan, baginda dilantik sebagai Timbalan Komander bagi Angkatan Tentera Johor.
Pemahsyuran sebagai Sultan Johor pada 2010
Tunku Ismail dilantik terlebih dahulu sebagai pemangku sultan pada 22 Januari 2010 berhubung laporan perubatan ayahandanya, Sultan Iskandar yang masih belum disahkan sebelum pemasyhuran baginda.
Sultan Iskandar telah mangkat pada malam hari yang sama dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada keesokan harinya.
Pada 23 Januari 2010 adalah tarikh pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor dan sehingga kini masih kekal bergelar Sultan Johor.
Berkahwin dengan puteri Perak
Sultan Ibrahim telah melangsungkan perkahwinan bersama Raja Zarith Sofiah iaitu puteri kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah.
Persandingan baginda berdua berlangsung pada 10 September 1983 dan sebelum itu telah sah berkahwin pada 1982.
Baginda mempunyai enam orang anakanda
Hasil perkahwinan baginda dengan Raja Zarith Sofiah telah dikurniakan enam orang anakanda terdiri daripada lima putera dan seorang puteri.
Anakanda kepada Sultan Ismail ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar; Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman; Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.
Pada 5 Disember 2015, Tunku Abdul Jalil anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah telah mangkat setelah menghidapi kanser hati tahap empat sejak Ogos 2014 ketika usianya 25 tahun.
Manakala Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar adalah Tunku Mahkota Johor serta memegang jawatan sebagai pemangku sultan sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Pengasas kepada Kembara Mahkota Johor (KMJ)
Ketika memegang gelaran Tunku Mahkota Johor pada 2001, Sultan Ibrahim sebagai pengasas siri program menjelajah negeri johor iaitu KMJ.
Oleh kerana Sultan Ibrahim mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan permotoran berkuasa tinggi, maka, program tersebut dicetuskan.
Dalam kembara tersebut, baginda akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, kereta api dan bot untuk menjelajah bahagian pulau di sekitar negeri Johor.
Program itu masih diteruskan selepas baginda menaiki takhta kesultanan. — KL Viral
Baca juga: