KUALA LUMPUR: Pengumuman lima langkah segera oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) untuk bantu ringankan tekanan kos sara hidup rakyat terus jadi bualan hangat, bukan saja di media arus perdana, tapi juga penuh di ruangan komen Facebook rasmi beliau!
Teruskan MembacaNetizen membanjiri posting PMX dengan ribuan komen positif seperti “Alhamdulillah” dan “Terima kasih PMX”, tanda syukur dan sokongan atas inisiatif yang sangat dinantikan ramai.
Untuk recap, antara langkah yang diumumkan:
- RM100 bantuan tunai untuk semua warganegara berumur 18 tahun ke atas (mulai 31 Ogos melalui MyKad)
- Cuti umum tambahan pada 15 September (Isnin), sempena Hari Malaysia
- Harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter (berkuat kuasa akhir September)
- Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya utama
- Program Jualan Rahmah MADANI diperluas dengan dana RM600 juta
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Alhamdulillah.. Semoga PM kita Anwar Ibrahim terus sihat selalu dan dipanjangkan umur beliau..” – Noor Fazira Ramli
“Terima kasih PMX, saya baru sedekah RM100 untuk perhimpunan Sabtu ini. Allah balas dengan RM100” – Ahmad Syafiq (dengan nada sinis terhadap perhimpunan pembangkang)
“Alhamdulillah dan TERBAIK. Terima kasih PMX dan KERAJAAN MADANI.” – Prince Haikal Ramzi
“Terima kasih PMX. Harap lepas ni boleh initiate pendidikan percuma pula” – Mushariff Kasif
Tak kurang juga yang simple tapi penuh makna:
“Cantekkk.. Tahniah”,
“Alhamdulillah, syukur”,
“Benda baik kena sokong”
Suasana di ruangan komen membuktikan satu perkara: rakyat bukan nak dengar retorik, mereka nak tindakan. Dan inisiatif terbaru dari PMX dilihat sebagai bukti nyata kerajaan mendengar suara rakyat.
Malah, ada yang anggap pengumuman ini sebagai ‘checkmate’ politik menjelang perhimpunan jalanan hujung minggu ini, sekaligus memperkuatkan imej PMX sebagai pemimpin yang tak hanya bercakap, tapi buat kerja.
Sama ada anda sokong kerajaan atau sebaliknya, satu hal yang jelas: rakyat hargai bila pemimpin tunjuk komitmen melalui tindakan yang beri kesan terus kepada kehidupan mereka.
Let’s hope langkah-langkah ini terus konsisten dan menyeluruh.