Anwar Berani Tegas! Rasuah Bukan Lagi Opsyen, “Perjuangan Ini Milik Semua!” – PM Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil ‘all out’ dalam menyuarakan komitmen kerajaan membanteras rasuah habis-habisan!
“Rasuah bukan sekadar masalah ekonomi – ia racun kepada kepercayaan rakyat dan pelabur!” tegas Anwar dalam ucapan lantang di Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus & Integriti Malaysia 2025.
Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Anwar tegaskan integriti mesti jadi DNA dalam setiap lapisan – dari penjawat awam ke sektor korporat.
Misi besar: Malaysia sasar Top 25 dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033!
Langkah berani bakal dilaksana:
✅ Pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010
✅ Bentang Akta Kebebasan Maklumat di Parlimen hujung tahun ini
Anwar juga ‘sound’ syarikat-syarikat supaya jangan main-main bab tadbir urus.
“Perjuangan lawan rasuah ini milik semua – bukan kerja kerajaan semata-mata.”
“Kalau kita serius nak maju dan rakyat hidup sejahtera, integriti bukan pilihan – ia satu kewajipan!”

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?