RIO DE JANEIRO – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva yang juga Pengerusi BRICS 2025.
Malaysia bukan hadir sekadar pemerhati – kita kini Negara Rakan BRICS secara rasmi sejak 1 Januari 2025! Lagi padu, Malaysia hadir juga sebagai Pengerusi ASEAN 2025, menjadikan kehadiran ini sangat strategik.
Turut serta dalam delegasi Malaysia ialah:
Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
Teruskan MembacaAhli Parlimen Miri, Chiew Choon Man
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah
Sidang BRICS kali ini fokus pada enam isu global utama:
Kesihatan global
Perubahan iklim
Kecerdasan buatan (AI)
Keselamatan pelbagai hala
Pembangunan institusi BRICS
Perdagangan dan pelaburan
DS Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara dalam dua sesi penting:
🧠 “Strengthening Multilateralism, Economic-Financial Affairs, and Artificial Intelligence”
🌱 “Environment, COP30 and Global Health”
Menurut Wisma Putra, penyertaan Malaysia kali ini membuktikan komitmen kukuh untuk memperjuangkan suara negara membangun, sejajar dengan matlamat BRICS 2025.
“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan main peranan aktif untuk eratkan hubungan ASEAN–BRICS demi masa depan rantau dan ekonomi global yang lebih stabil,” kata Wisma Putra lagi.
Selain sidang, PMX juga dijangka bertemu pemimpin BRICS lain serta syarikat utama dari Brazil dan Malaysia bagi mengukuhkan hubungan pelaburan dua hala.