KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia takkan guna cara kasar dalam isu Laut China Selatan. Katanya, kita lebih suka jalan damai dan diplomasi berbanding konfrontasi.
Dalam wawancara dengan France 24, Anwar jelaskan Malaysia sebagai negara maritim memang ada isu sempadan dengan jiran-jiran serantau – tapi semua selesai elok, takde perang pun!
Teruskan Membaca“Hubungan tetap baik walaupun ada beza pendapat,” katanya dengan tenang.
Bila ditanya kenapa Malaysia tak sekeras Filipina dalam isu ni, Anwar tepis andaian kononnya kita tunduk pada China. Katanya, “Pendekatan senyap tak bermakna kita lemah.” Malaysia pilih dasar berkecuali dan konsisten guna diplomasi.
“Kenapa nak fokus pada China saja? Kita ada isu dengan banyak negara. Semua kita selesaikan dengan cara baik,” tegas beliau.
Anwar juga maklumkan ASEAN tengah usahakan Kod Tata Laku (Code of Conduct) di Laut China Selatan. Tujuannya? Untuk pastikan keselamatan dan kestabilan serantau. China pun dah tunjuk sokongan masa pertemuan di Jakarta tahun lepas.