HARI kemerdekaan 31 Ogos 1957 sememangnya hari paling bersejarah untuk Tanah Melayu, tetapi tahukah anda bahawa ada kisah yang menceritakan kemerdekaan kita hampir musnah?
Menerusi satu bebenang pemegang akaun bernama Azizul Farhan di laman X berkata, sememangnya ada rancangan jahat yang dibuat oleh komunis untuk sabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan.
Teruskan MembacaNamun, ada seorang wira tak didendang yang berjaya halang rancangan ni iaitu Leftenan Hassan Osman.
“Segalanya bermula pada 20 Ogos 1957. Masa tu, Leftenan Hassan dapat maklumat sulit dari pihak risikan.
“Beliau diberitahu yang komunis tengah rancang nak buat kacau masa pengisytiharan kemerdekaan.
“Bayangkan, kalau rancangan tu berjaya, mesti hancur majlis kemerdekaan kita. Jadi, Leftenan Hassan dengan Platun 12 dari Kompeni D, 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diarahkan untuk ambil alih kawasan rondaan di Rawang,” tulisnya.
Menurut Azizul, misi mereka jelas iaitu menghalang apa saja cubaan komunis untuk sabotaj kemerdekaan.
Leftenan Hassan dan pasukannya bergerak ke Ladang Getah Waterfall yang mana kawasan itu terpencil, penuh dengan hutan dan berpaya.
“Masa tu, jam dah pukul 5 pagi, 21 Ogos 1957. Mereka dah bersiap sedia nak buat serang hendap. Dalam senyap-senyap, tiba-tiba ada seorang wanita komunis muncul.
“Tapi, Leftenan Hassan tak benarkan anggotanya tembak lagi. Dia nak pastikan ada lebih ramai komunis di sekitar tu.
“Tak lama lepas tu, muncul lagi seorang komunis lelaki yang datang nak basuh muka kat paya. Sekali lagi, Leftenan Hassan tahan anggotanya dari menembak. Dia nak tunggu lebih ramai musuh. Tapi, lepas 10 minit, masih tak ada pergerakan.
“Leftenan Hassan dengan pasukannya ikut jejak komunis tadi. Akhirnya, mereka nampak dua orang komunis tadi bersama sorang lagi komunis yang bawak pek, beg, dan senjata,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Leftenan Hassan dan pasukannya periksa barang-barang yang ditinggalkan oleh komunis itu.
Alangkah terkejutnya apabila mereka menemukan peta Stadium Merdeka bersama dengan susun atur kedudukan pemimpin negara masa hari pengisytiharan kemerdekaan.
“Akhirnya, 35 orang pengganas komunis termasuk pemimpin mereka berjaya ditangkap kat Ladang Getah Waterfall.
“Tanpa keberanian dan tindakan pantas beliau, mungkin sejarah kita akan berbeza hari ni. Mungkin kita tak akan dapat raikan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan dengan penuh kebanggaan,” tulisnya lagi.
Kemerdekaan ni bukan sesuatu yang boleh kita ambil mudah malah ia adalah nikmat yang perlu kita pelihara sampai bila-bila, jadi, marilah kita sama-sama hargai dan kenang jasa wira-wira negara kita.
Baca juga: