PUTRAJAYA – Malaysia terus jadi tumpuan pelabur besar!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Indorama Corporation, Sri Prakash Lohia dan delegasi korporat syarikat itu di Kompleks Seri Perdana.
Tujuan? Nak bincang peluang pelaburan mega antara Malaysia dan Indorama, syarikat gergasi dari Indonesia yang kini beroperasi di 39 negara dengan perolehan tahunan cecah USD23 bilion (RM97.75 bilion)!
Indorama, yang dah pun terlibat dalam pengeluaran sarung tangan perubatan di Malaysia, kini bercadang labur RM6 bilion lagi dalam industri baja negara kita!
Anwar dalam kenyataan di Facebook rasmi berkata, pertemuan itu selari dengan hala tuju Ekonomi MADANI, yang menekankan pembangunan mampan, pelaburan berkualiti dan kesejahteraan rakyat.
“Saya beri jaminan kerajaan akan bantu dan mudahkan proses pelaburan ini. Ia akan buka lebih banyak peluang kerja dan perniagaan untuk rakyat tempatan,” tegas Anwar.
Pelaburan strategik macam ni bukan saja pacu pertumbuhan ekonomi, tapi juga jadi bukti keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan dan hala tuju negara kita!