Seorang pengguna dari Singapura mencetuskan kontroversi di laman X (dahulunya Twitter) apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan Malaysia yang hanya menawarkan subsidi petrol kepada warganegara tempatan.
Individu tersebut menyifatkan Malaysia sebagai terlalu “kedekut” untuk berkongsi harga petrol bersubsidi dengan rakyat asing, khususnya warga Singapura. Dalam ciapan yang kini tular, beliau menulis:
Teruskan Membaca“We Singaporeans gave you Malaysians jobs, but you’re too greedy to share petrol. This speaks a lot about the Malaysian mentality, which is why you fall behind us.”
Kenyataan berbaur penghinaan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia, yang rata-ratanya mempertahankan keputusan kerajaan dan menegaskan bahawa subsidi adalah hak rakyat sendiri, bukannya untuk dinikmati warga asing.
Isu ini tercetus susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa harga subsidi bagi petrol RON95 akan dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter, khusus untuk pemegang MyKad sahaja. Warga asing, termasuk pelancong dan pekerja luar, masih perlu membayar harga pasaran penuh.
Walaupun pada dasarnya isu ini berhubung dengan dasar fiskal dan pengurusan subsidi negara, ia turut mencetuskan perdebatan hangat mengenai nilai kemanusiaan, keadilan sosial, dan sensitiviti dalam hubungan antara negara jiran — lebih-lebih lagi dalam ruang media sosial yang terbuka dan tanpa sempadan.