PARIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis, bagi memulakan lawatan rasmi berprofil tinggi atas undangan Presiden Emmanuel Macron!
Esok, PMX akan adakan pertemuan empat mata bersama Macron di Istana Élysée, bincang hala tuju baharu hubungan dua hala antara Malaysia–Perancis yang dah lama terjalin.
Lawatan ini bukan biasa-biasa:
✅ Buka ruang kerjasama strategik – perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan & hubungan rakyat
✅ Sertai Sesi Meja Bulat dengan tokoh industri utama Perancis
✅ Sampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, antara institusi akademik paling berprestij di Eropah!
PMX turut berharap lawatan ini akan kukuhkan lagi hubungan erat kedua-dua negara untuk manfaat bersama dan pembangunan serantau & global.
















