KUALA LUMPUR: Tengah ramai bercakap pasal kos hidup yang makin mencanak naik, tiba-tiba muncul berita yang buat rakyat teruja. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) bakal umum satu pengumuman besar, siap digelar sebagai “penghargaan luar biasa” khas untuk golongan berpendapatan rendah.
Teruskan MembacaMenurut sumber dalaman kerajaan, pengumuman ni dijangka dibuat dalam sehari dua ni, dan akan terus bagi manfaat kepada rakyat miskin, termasuk keluarga di bandar dan luar bandar.
Tapi sebelum kita tahu apa ‘kejutan’ tu, jom kita recap kejap apa sebenarnya PMX dah buat untuk bantu rakyat miskin sejak jadi PM hujung 2022?
1. STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dinaikkan & diperluas
- 8.5 juta rakyat terima manfaat.
- Isi rumah miskin tegar boleh dapat hingga RM3,100 setahun, tertinggi pernah diberi setakat ni.
2. Skim Menu Rahmah & Payung Rahmah
- Menu Rahmah disediakan lebih 15,000 kedai & restoran seluruh Malaysia.
- Harga makanan dari serendah RM5, semua orang boleh makan, tapi utamanya bantu golongan B40.
3. Fokus Hapuskan Miskin Tegar
- Kerajaan tekad nak hapuskan kemiskinan tegar menjelang hujung tahun 2025.
4. Subsidi Bersasar
- Kerajaan dah mula fokus beri subsidi kepada yang betul-betul layak.
- Contoh: Subsidi diesel hanya untuk nelayan, petani, bas awam dan logistik bukan semua.
5. Latihan & Kemahiran Untuk Anak Muda B40
- Program TVET Madani, Gig Up & Skim Latihan Industri diperluas.
- Latihan percuma untuk anak muda B40 disediakan
6. Rumah Sewa Keluarga Malaysia (Inisiatif PM ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri)
- Bagi yang tak mampu beli rumah, ada skim sewa beli untuk golongan berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal & pekerja miskin bandar.
So, apa sebenarnya ‘Penghargaan Luar Biasa” tu? Khabarnya, PMX akan umum salah satu atau beberapa perkara ni:
- Bantuan tunai tambahan
- Penurunan harga barang makanan asas
- Penangguhan tarif elektrik
- Program pekerjaan komuniti miskin
- Pengembangan skim subsisi
Ramai tengah tunggu dengan penuh harapan. Mampukah PMX buktikan sekali lagi yang kerajaan Madani bukan sekadar cakap kosong tapi benar-benar peduli nasib rakyat biasa? Stay tuned. Esok atau lusa kita tahu jawapannya.
















