Terkini

PM Anwar hulur bantuan pada Sazali P. Ramlee

Empati dengan nasib yang menimpa anak kepada seniman agung negara, P.Ramlee, PM Anwar hari ini tampil menghulurkan sumbangan kepada Sazali P. Ramlee yang telah terlibat dengan kemalangan sehingga telah dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sazali tidak lagi mempunyai kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki. Isterinya juga, memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.

Menerusi perkongsian di Facebook, penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

“Saya amat berharap sedikit sumbangan ini dapat meredakan beban yang ditanggung oleh Sazali dan isteri. Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, Insya-Allah,” kata Anwar.

Pelbagai

Scroll to Top