PETALING JAYA – PMX buat lagi! Kali ni, dua nama besar dunia – Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni dan Presiden Brazil Lula da Silva – sah akan turun ke Kuala Lumpur hujung Oktober ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Lebih menarik, kedua-dua negara ini bukan pun ahli ASEAN – tapi tetap setuju datang. Power betul game diplomasi Anwar Ibrahim masa lawatan rasmi ke Eropah dan Amerika Selatan baru-baru ni!
Teruskan MembacaMenurut Prof Dr Azmi Hassan dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara ini kali pertama pemimpin tertinggi Itali dan Brazil datang Sidang ASEAN.
“Ini bukan biasa-biasa – ini pengiktirafan besar kepada Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ni,”katanya.
Sidang ASEAN tahun ini bukan setakat sembang serantau. Isu global macam perang Ukraine, Gaza, Iran-Israel pun bakal masuk meja rundingan.
Bila dua pemimpin luar blok macam Itali dan Brazil setuju hadir, itu tanda Malaysia berjaya bawa ASEAN jadi suara dunia.
“PMX bawa suara ASEAN ke BRICS. Dia tegur secara terbuka kelemahan BRICS dan tunjuk ASEAN jauh lebih mantap – terutama dalam isu mata wang dan kerjasama perdagangan,”katanya.
Lawatan ke Itali dan Perancis juga bukan kosong – semuanya berkait rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-EU.
Jadi bukan sekadar peluk tubuh depan kamera, tapi betul-betul gerakkan hubungan ekonomi dan strategi serantau.
Tentang yang kecam lawatan luar negara ni buang duit? Jawab Azmi:
“Jangan nilai dari angka pelaburan segera saja. Yang penting – keyakinan jangka panjang dunia terhadap kestabilan Malaysia. Itu priceless.”
Oktober ini, mata dunia akan tertumpu ke Kuala Lumpur. Malaysia bukan lagi penonton – kita kini penggerak pentas dunia!