Terkini

‘GFNY Kuala Lumpur 2024’ kumpulkan 700 atlet profesional seluruh negara

SERAMAI lebih 1000 peserta menyertai Acara Berbasikal Amatur Antarabangsa Grand Fondo New York (GFNY) “GFNY Kuala Lumpur 2024” di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada

Pertandingan berprestij ini telah mengumpulkan lebih 700 atlet profesional seluruh negara untuk merebut juara edisi Kuala Lumpur. Pemenang akan mewakili asean ke pertandingan utama di New York, London .

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada bandar raya Kuala Lumpur bagi menjayakan perlumbaan ini di bandar raya mereka.

“Penunggang GFNY dapat menikmati pengalaman luar biasa di jalan raya yang ditutup sepenuhnya dan lalu lintas di tengah-tengah pengikis langit ibu negara Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GFNY, Uli Fluhme.

GFNY Kuala Lumpur menawarkan pelumba laluan sepanjang 129.1 km yang akan membawa pelumba dari tengah bandar, ke pinggir berbukit dan kembali ke Jalan Raja untuk mendaki sejauh 1726 meter.

Garisan penamat akan berada di Bangunan ikonik Sultan Abdul Samad.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top