Dunia gusti hilang satu nama paling besar yang pernah wujud, Hulk Hogan, legenda WWE dan ikon pop 80-an, dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Teruskan MembacaMenurut laporan Yahoo News dan TMZ, Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea ditemui tidak bernyawa di rumahnya di Clearwater, Florida, pagi Khamis. Punca kematian dipercayai akibat serangan jantung.
Hulk Hogan bukan sekadar ahli gusti, dia adalah gusti bagi ramai yang membesar zaman 80-an dan awal 2000-an. Dari trademark misai kuning, baju koyak atas pentas, sampai la ke tagline “Whatcha gonna do, brother!” semua tu dah jadi sebahagian dari budaya pop global.
WWE dalam kenyataan rasmi turut berduka cita dengan pemergian Hogan, dan menyifatkan beliau sebagai antara tokoh paling berpengaruh dalam sejarah gusti dan hiburan dunia.
“Beliau memainkan peranan penting dalam meletakkan WWE di peta dunia, khususnya pada era 80-an,” kata mereka.
Menurut laporan, Hogan memang dah lama alami masalah kesihatan. Media luar sebelum ni pernah dedahkan beliau tidak lagi mampu bercakap dan bergantung sepenuhnya kepada pemantauan doktor di rumah.
Kalau korang ingat lagi, Hulk Hogan mula karier gusti sejak tahun 1977 dengan nama The Super Destroyer, sebelum jadi ikon sejati dunia gusti dengan nama Hulk Hogan dan lahirlah fenomena Hulkamania yang gila popular masa tu!
Dia pernah lawan dengan nama-nama besar macam Andre The Giant, The Rock, Ultimate Warrior, dan banyak lagi. Setiap kemunculan Hogan dekat TV, memang bawa vibe “legend is here”.
Berita ni jelas menggugah hati peminat seluruh dunia termasuk yang membesar dengan aksi Hogan dekat kaca TV setiap minggu.
Selamat jalan, Hulk Hogan. Terima kasih atas kenangan, tenaga dan semangat Hulkamania yang takkan pernah padam.