SST Baru Dah Mula – Netizen Setuju Asalkan Barang Asas Tak Kena Cukai!

PETALING JAYA – Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula semalam nampaknya dapat sambutan positif daripada rakyat, terutamanya bila barang asas masih bebas cukai!
Tinjauan KL Viral di platform X (dulu Twitter) menunjukkan ramai warganet setuju dengan langkah kerajaan, asalkan peniaga tak ambil kesempatan, dan penguatkuasaan dibuat dengan tegas dan telus.
“SST ni lebih fleksibel dan mesra rakyat. Barang asas boleh dikecualikan, jadi B40 tak terbeban. Baguslah kerajaan ada ruang pilih mana yang patut kena cukai,” tulis @TaufiqIskandar.
Seorang lagi netizen, @DatoMeletop, pula menyindir pihak yang hanya tahu kritik:
“Kerajaan Madani dah buat yang terbaik. Tapi biasalah, pembangkang kalau kerajaan bantu pun diam je. Bila nak burukkan, cepat pula!”
@IkhwanRazak pula ingatkan satu perkara penting:
“Cukai tetap cukai. Yang penting, penguatkuasaan kena ketat. Jangan bagi peniaga naik harga ikut suka. Bantuan untuk rakyat pun kena tambah!”
Netizen lain, @IzzatHakimi, menyambut baik langkah reformasi percukaian:
“Tak salah nak ubah sistem, tapi jangan ulang kesilapan lama. Janji hasil cukai tu betul-betul bantu rakyat!”
Kerajaan umum pelaksanaan peluasan SST dalam Belanjawan 2024, dan ia kini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Matlamat utamanya ialah kukuhkan kedudukan kewangan negara tanpa bebankan rakyat, terutamanya golongan B40.
Tapi, masih ada juga suara risau…
“Yang penting sekarang ni transparensi – kerajaan kena jelaskan ke mana hasil cukai tu pergi. Kalau tak, rakyat akan mula persoalkan,” tulis @AbdRazakOfficial.
Ringkasnya, rakyat okay je dengan SST, asalkan ada pengecualian untuk barang asas, tiada peniaga ambil kesempatan dan kerajaan telus guna hasil cukai.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?