PETALING JAYA: Jabatan Mufti Negeri Pahang mengeluarkan teguran tegas terhadap trend ‘S-Line’ yang kini viral di media sosial, terutama di TikTok dan dalam kalangan anak muda.
Teruskan MembacaMenurut kenyataan rasmi hari ini, trend ini tidak patut dinormalisasikan kerana ia dilihat sebagai membuka ruang kepada budaya zina, secara realiti mahupun dalam bentuk jenaka atau simbolik.
“Trend ini jelas mendorong kepada normalisasi zina dalam masyarakat. Allah SWT bukan sekadar mengharamkan zina, tetapi turut melarang semua perkara yang boleh membawa ke arahnya,” tegas jabatan itu.
Untuk yang belum tahu, trend ‘S-Line’ ini diinspirasikan daripada drama Korea berjudul S-Line (2025), di mana garisan merah akan muncul atas kepala individu yang pernah menjalani hubungan intim, secara fizikal atau imaginasi. Drama ini menyentuh isu privasi, kisah silam dan stigma masyarakat.
Apa yang membimbangkan, trend ini dah mula menjadi ‘main-main’ di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang guna sekadar untuk hiburan, ada yang anggap ia simbol stres, dan ada juga yang dengan jelas kaitkannya dengan jumlah ‘hubungan’ walaupun kononnya hanya untuk lawak atau fantasi.
Mufti Pahang menegaskan:
– Jangan dedahkan aib sendiri
– Jangan normalisasikan dosa, walaupun konon hanya untuk content
– Bertaubat dan kembali kepada syariat
“Berhibur tak salah, tapi jangan sampai melampaui batas agama. Jenaka yang melibatkan maksiat bukan sekadar tak lucu, malah boleh rosakkan akidah dan maruah,” kata jabatan itu lagi.
Mufti Pahang turut menyeru agar generasi muda lebih berhati-hati dalam menyertai trend viral dan pastikan ia selari dengan nilai Islam.
Let’s not trade content for dignity.