Terkini

Tiada petunjuk baharu keberadaan kanak-kanak autistik hilang – Polis

Polis masih tidak menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya masih menjalankan pencarian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang petunjuk berkaitan keberadaan kanak-kanak tersebut, pencarian masih diteruskan

“Kita juga telah mengambil keterangan ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 6.36 petang, semalam.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top