PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, selamat sampai ke Johor pagi tadi selepas lima hari berada di Rusia untuk lawatan negara yang penuh sejarah.
Teruskan MembacaPesawat khas Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tepat jam 6.30 pagi, disambut mesra oleh kerabat diraja Johor yang dah siap menunggu.
Turut hadir menyambut ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Semalam, pesawat Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada jam 11.08 pagi waktu tempatan, menandakan tamatnya lawatan rasmi atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Lawatan kali ini memang istimewa sebab Sultan Ibrahim jadi Ketua Negara Malaysia pertama yang menjejak kaki ke Rusia sejak hubungan diplomatik Malaysia-Rusia terjalin pada tahun 1967.
Sebelum ini, Baginda juga dah buat lawatan negara ke Singapura, China dan Brunei untuk kukuhkan hubungan Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.