MICHIGAN: Sejarah tercipta di pentas ratu cantik Amerika Syarikat apabila Ameera Hashwi, 25, graduan undang-undang dari Dearborn Heights, Detroit, jadi wanita berhijab pertama menang gelaran Miss Wayne County 2025.
Teruskan MembacaKemenangan ini bukan saja membanggakan Ameera, tapi juga komuniti Dearborn Heights yang terkenal dengan penduduk berketurunan Arab dan Asia Barat. Ramai anggap kejayaan ini sebagai bukti keterbukaan dan penerimaan kepelbagaian budaya di pertandingan ratu cantik Barat.
“Helo, nama saya Ameera,” katanya sambil senyum lebar masa terima jambangan bunga dan lencana kemenangan, seperti dikongsi di Instagram.
Dalam segmen bakat, Ameera memukau juri dan penonton bila menyanyikan lagu Koul Chi Aam Yekhlass nyanyian penyanyi legenda Lubnan, Majida El Roumi. Gabungan suara merdu dan sentuhan budaya Timur Tengah buat ramai berdiri beri tepukan gemuruh.
Kejayaan Ameera bukan saja dapat pujian dari komuniti Arab-Amerika, tapi juga daripada masyarakat pelbagai latar belakang di AS dan luar negara. Ramai kata dia bukti bahawa ratu cantik tak semestinya ikut satu rupa atau gaya, yang penting keyakinan, keberanian dan jadi diri sendiri.