KUALA LUMPUR: “Justice For Zara Qairina” bukan sekadar lagu, tapi dah jadi simbol solidariti rakyat yang nak tuntut keadilan untuk arwah Zara.
Teruskan MembacaLagu ni hasil karya komposer dan jurugambar, Norsalim Ali, yang guna teknologi AI untuk cipta melodi penuh emosi. Katanya, dia buat lagu ni dari hati, sebagai seorang bapa dan datuk yang rasa sebak dengan kes ni.
“Saya nak masyarakat cakna dengan isu buli, bukan kes arwah Zara saja tapi semua kes,” jelas Norsalim.
Hasilnya, lagu ni meletup di TikTok dengan lebih 3.2 juta penggunaan, 3,000 kali di Instagram, dan muzik videonya dah cecah 200,000 tontonan di YouTube dalam masa beberapa hari je.
Kes Zara memang sangat meruntun hati, pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah tu ditemui tak sedarkan diri di longkang asrama pada 3 pagi, 16 Julai lalu, sebelum meninggal dunia akibat kecederaan dalaman serius keesokan harinya.
Sekarang, lagu ni jadi tempat netizen luah rasa pilu, marah, dan harapan supaya keadilan untuk Zara benar-benar ditegakkan.