PETALING JAYA: Tular mesej kononnya rakyat Malaysia boleh beli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan kuota tertentu tapi sebenarnya itu adalah berita palsu.
Teruskan MembacaKementerian Kewangan (MOF) menegaskan mesej berkenaan tidak benar, dan ia turut disahkan menerusi perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook rasminya hari ini.
MOF dalam kenyataan turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai pautan yang tidak sahih.
“Jangan klik tanpa periksa terlebih dahulu, elak jadi mangsa penipuan. Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat yang betul,” tegas kenyataan itu.