PETALING JAYA: Kes kematian Zara Qairina masih belum reda. Kali ini, pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, tampil bersuara dan dakwa siasatan sebelum ini ada banyak kelemahan besar yang tak patut dibiarkan begitu saja.
Teruskan MembacaDalam kenyataan media, dua peguam, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata siasatan yang dibuat terlalu sempit dan tak menyeluruh. Yang paling mengejutkan, tak ada pun bedah siasat dilakukan ke atas jenazah Zara sebelum dia dikebumikan.
Lebih pelik, pakaian dan barang peribadi yang Zara pakai masa dia ditemui di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lepas langsung tak diambil polis untuk disiasat. Laporan tentang lebam di badan Zara pun hanya dibuat lewat 3 dan 4 Ogos di Balai Polis Sipitang.
“Macam mana nak siasat dengan telus kalau bahan bukti penting pun tak ada?” soal mereka.
Lagi satu yang dibangkitkan, laporan siasatan dah dihantar ke Putrajaya pada 4 Ogos. Tapi masa tu siasatan pun belum betul-betul selesai. Jadi mereka rasa banyak perkara penting yang mungkin terlepas pandang.
Peguam juga bimbang sebab muncul ‘plot twist’ pelik di media sosial sejak minggu lepas, kononnya kematian Zara ada kaitan dengan tekanan perasaan akibat hubungan dengan ibunya sendiri.
Mereka dakwa info ni mungkin bocor dari fail siasatan dan secara tak langsung mencemarkan imej Noraidah dan anaknya sendiri. “Kami tak kejar kemenangan dalam kes ni. Kami cuma nak keadilan untuk Zara,” kata mereka.
Disebabkan semua ni, peguam dah hantar surat rasmi pagi tadi minta AGC arahkan siasatan dibuka semula dan dijalankan oleh pegawai dari Bukit Aman yang lebih berpengalaman.
Mereka juga cadang agar kubur Zara digali semula untuk buat bedah siasat, dan mintak inkues dijalankan bagi tahu ada tak unsur jenayah dalam kes ni.
Apa pun, kita harap pihak berkuasa benar-benar teliti dan beri keadilan yang sewajarnya untuk arwah Zara dan keluarganya.