Terkini

PM Anwar umum RM10 juta tambahan untuk bantuan guaman B40

KERAJAAN  Perpaduan mengumumkan RM10 juta untuk membantu orang susah mendapatkan
bantuan guaman menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Beri peluang orang miskin tuntut keadilan
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak 2012 yayasan berkenaan
telah membantu ramai yang tidak berkemampuan mendapatkan khidmat peguam
apabila berdepan pertuduhan di mahkamah.
“RM10 juta itu
peruntukan untuk orang miskin yang tidak mampu membayar peguam. Saya
lihat ramai, umpamanya kadang-kadang kes kecil tetapi tidak ada peguam.
“Tertangguh
kerana tak dapat mempertahankan dan membela diri mereka. Saya tengok
ramai sangat yang tak dapat peluang ini, memperolehi bantuan guaman,”
katanya selepas hadir Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia
2023 di Kuala Lumpur, hari ini.
Anwar berkata kerajaan sentiasa
mengiktiraf hak asasi semua pihak untuk menuntut keadilan, termasuk
peranan dimainkan oleh Majlis Peguam.
“Bagi menegakkan kedaulatan
undang-undang, ia tidaklah boleh dilihat daripada prisma teori
perundangan semata-mata kerana prinsip sedemikian tidak boleh
direalisasi sekiranya orang di jalanan tidak sumber ekonomi yang mampu
untuk mendapatkan akses keadilan.
“Dalam hal ini, saya memuji
usaha gigih Majlis Peguam dalam menyediakan bantuan guaman, melalui skim
yang ditubuhkan sejak lebih 40 tahun lalu,” katanya.
Perdana
Menteri berkata, YBGK telah menjalankan peranan mereka dengan baik dan
beliau akan terus melibatkan diri serta memberi pertimbangan serius
terhadap pandangan Badan Peguam Malaysia berkaitan sistem perundangan
negara.

Pelbagai

Scroll to Top