PETALING JAYA: Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru saja umumkan barisan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita baharu bagi setiap negeri untuk penggal 2025 hingga 2028.
Teruskan MembacaKetua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, berkata pelantikan ni dibuat lepas sesi rundingan dan penilaian menyeluruh, termasuk tengok faktor macam kepimpinan akar umbi, pengalaman, kemampuan gerakkan jentera parti, dan juga representasi etnik yang seimbang.
“Tujuannya jelas, kita nak pastikan semua suara wanita dari pelbagai latar belakang dapat diangkat secara adil dan saksama,” kata Fadhlina dalam satu kenyataan media.
Antara nama-nama yang dipilih untuk bawa suara wanita di peringkat negeri termasuk:
Perlis: Gan Ay Ling (Ketua), Mariammah Sandamurthi (Timbalan)
Kedah: Marduwati Mazlan (Ketua), Kogila Puradan (Timbalan)
Pulau Pinang: Jayanti Kandayah (Ketua), Hamidah Sulaiman (Timbalan)
Perak: Zuraidah Zakaria (Ketua), Wasanthee Sinnasamy (Timbalan)
Wilayah Persekutuan: Jamilah Awang (Ketua), Zainab Nayan (Timbalan)
Selangor: Salasiah Md Disa (Ketua), Pua Pei Ling (Timbalan)
Negeri Sembilan: Rosmawaty Muhamad Ros (Ketua), Telagapathi A. Marimuthu (Timbalan)
Melaka: Mahani Masban (Ketua), Elizah Asuan Kailani (Timbalan)
Johor: Noor Fatimah Yusoff (Ketua), Loh Siew Wei (Timbalan)
Kelantan: Mazalina Ibrahim (Ketua), Rozianti Md Deris (Timbalan)
Terengganu: Armila Alias (Ketua), Mek Sulaini Puteh (Timbalan)
Pahang: Sridayu Samsuri (Ketua), Farahida Fauzi (Timbalan)
Sarawak: Victoria Musa (Ketua), Hapsah Harun (Timbalan)
Sabah: Datin Rufinah Pengeran (Ketua), Noraini Abd Ghapur (Timbalan)
Selain tu, ada juga pelantikan untuk peringkat pusat:
Noraziah Mohd Razit – Timbalan Setiausaha Wanita PKR Pusat 1
Rodziah Abul Khassim – Timbalan Setiausaha Wanita PKR Pusat 2
Datuk Ginie Lim Siew Lin – Ketua Penerangan Wanita PKR
Fadhlina tambah lagi, barisan baharu ni diharap boleh kuatkan lagi organisasi parti di semua peringkat dan bantu jadikan sayap wanita antara penggerak utama perjuangan PKR menjelang pilihan raya akan datang.