PERDANA Menteri, Datuk Ser Anwar Ibrahim dengan ringkas mengulas sindiran yang dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sempat menasihati beliau agar menjaga kesihatan diri.
Beliau berkata demikian setelah Dr Mahathir memberi kenyataan bahawa menubuhkan kerajaan pintu belakang adalah kepakaran Anwar di negara ini.
Teruskan MembacaTerdahulu, memetik laporan Berita Harian, pada 5 Januari, Jumaat, Anwar merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC).
Dalam kenyataan Dr Mahathir baru – baru ini, beliau menafikan penglibatan dalam gerakan ‘Langkah Dubai’ yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan sekarang.
“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri,” katanya dalam satu catatan di laman X miliknya.
Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu menegaskan, beliau tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti yang heboh diperkatakan.