PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut kedatangan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus, yang memulakan lawatan rasmi 3 hari ke Malaysia.
Teruskan MembacaKetibaan tokoh ekonomi sosial terkenal itu diraikan dengan istiadat penuh kehormatan, termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Rejimen Renjer Diraja, tanda hubungan rapat antara Malaysia dan Bangladesh.
Selepas sambutan rasmi, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala dan pertemuan tertutup bagi membincangkan peluang kerjasama strategik demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Anwar berkata, lawatan ini bukan sahaja mengeratkan persahabatan, malah membuka ruang baharu untuk pembangunan bersama yang lebih kukuh.