KAJANG: Suasana di hadapan Metro Point Complex, Kajang semalam jadi kecoh bila seorang wanita warga asing berusia 24 tahun bertindak agresif lepas langgar beberapa motosikal, siap bawa pisau dan cuba serang orang!
Teruskan MembacaPolis kata kejadian berlaku 13 Ogos, lebih kurang jam 11.58 pagi. Suspek memandu kereta dan melanggar tiga motosikal di persimpangan berhampiran. Lepas tu, dia keluar dari kereta sambil pegang pisau dan cuba menyerang penunggang motosikal.
Tak cukup dengan tu, dia terus lari masuk ke dalam pusat beli-belah Metro Point dan mula serang orang awam. Beberapa individu cedera sebelum suspek berjaya ditahan oleh orang ramai di tempat kejadian.
Ringkasan Insiden:
- 6 mangsa cedera (umur 21–60 tahun)
- 2 orang dirawat di hospital, 4 lagi hanya rawatan pesakit luar
- 3 motosikal rosak akibat dilanggar
Suspek kini direman sejak 14 Ogos dan siasatan dijalankan di bawah:
- Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh), penjara maksimum 20 tahun
- Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu secara berbahaya)
- Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara cuai & membahayakan)
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, kata motif kejadian masih disiasat. Polis minta sesiapa yang ada info atau nampak kejadian untuk tampil bantu siasatan.
Video kejadian yang kini tular di media sosial tunjuk suasana panik orang awam, termasuk aksi beberapa individu cuba menghalang suspek sebelum dia berjaya ditangkap.